Assignment pertama yang kami terima daripada Encik WanB adalah bertajuk "What I Heard"". Inilah bermaksud apa yang kami dengar sepanjang kuliah ini. Kuliah yang pertama ini pentingnya dalam pengenalan APEX PRODUCTION dan studiomaster.
Encik WanB adalah studiomaster pertama yang mengenalkan diri sendiri. Sebelum bermula dengan kuliah, WanB telah mengingatkan kami untuk merekodkan apa yang telah diajar dan yang dipaparkan dalam projector. Seterusnya,beliau memperkenalkan maksud APEX dan kelestarian.APEX membawa maksud Accelerated Program For Excellent. Seterusnya,beliau telah mengenalkan slideshow yang telah dipinjam oleh Naib Canselor dengan "Copyright DAR 2010". Transforming High Education for a Sustainable Tomorrow" telah diperkenalkan juga. USM adalah berasaskan dengan Tema Kelestarian yang selalunya dikata-katakan oleh WanB.
Selepas itu, WanB telah memperkenalkan dan menjelaskan konsep APEX Production. Pertama sekali beliau menjelaskan konsep Production. Beliau mengatakan kita mestilah ada Niat atau Intention untuk belajar dalam USM. Beliau juga bertanya kepada beberapa mahasiswa tentang adakah mereka ada niat untuk belajar atau tidak. Ada sesetengah mahasiswa yang angkat tangan dan mengatakan dia tidak ada niat untuk belajar di USM kerana dia menganggap sendiri adalah dipilih oleh universiti dan bukannya dia yang ingin belajar di USM. Tetapi, WanB membalas mahasiswa tersebut bahawa sekiranya dia berada di USM ini, dia adalah berniat untuk belajar. Jika tidak berniat, dia tidak akan datang ke sini. Inilah pasal minda, anda melakukan sesuatu, andalah berniat untuk melakukannya. Yang kedua adalah berkaitan dengan Laku atau Act. Selepas kami berniat untuk menjalankan sesuatu, kami akan melakukannya. Inilah dikatakan Laku atau Act.Selepas itu,kelakuan yang dijalankan oleh seseorang itu akan mendatangkan hasilnya iaitu Hasil atau Product. Seseorang yang ada niat, dialah merupakan Aktor atau Actor yang memainkan peranannya.Selepas itu, WanB mengatakan bahawa seseorang yang melakukan sesuatu mesti berasalkan peraturan iaitu dikenali sebagai Aturan atau Rule. Beliau telah mengambil contoh iaitu adakah FIFA WorldCup dapat menggunakan peraturan yang ditetapkan di sekolah? Jawapannya tidak. Yang terakhir adalah tentang Tempat atau Place. Sesuatu produk yang dihasilkan mesti adanya tempatnya. Beliau juga menggunakan contoh sekali lagi dengan FIFA WorldCup. Adakah FIFA WorldCup dapat diadakan di padang sekolah? Jawapannya tidak juga. Selepas itu, Encik WanB juga memperkenalkan konsep 3P iaitu "People", "Place", "Principle". Segala-gala yang kita lakukan adalah berkaitan dengan 3P.
Selepas itu, studiomaster-studiomaster memberi sepatah dua kata masing-masing. Antara studiomaster ialah Dr.Azizan Marzuki, Sr.Dr.Ilias Said, Dr.Mohd Hanizun Hanafi, Dr.Mohd Zailan Sulieman dan lain-lain. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami dan tahniah kepada kami kerana telah masuk ke universiti APEX. Selain itu, kami juga dinasihatkan supaya hantar assignment tepat pada masa, jangan tunggu saat yang terakhir barulah buat. Kami juga dinasihatkan jangan ponteng kelas kerana attendance adalah sangat penting.
Akhirnya adalah Assignment 1A: "My Virtual Home" yang diberikan oleh Encik WanB. Ada seorang mahasiswa tanya tentang apa bahasa yang patut kami gunakan. WanB menjelaskan bahawa apa-apa sahaja bahasa yang dapat difahami. Beliau juga mengatakan bahawa 3500 perkataan Bahasa Melaya adalah daripada Bahasa Melayu asli dan 35000 perkataan Bahasa Melayu adalah daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.
Akhir sekali, www.hbp.usm.my/1b/101 telah diberikan untuk kami membuat rujukan dan melihat pengumuman. Begitulah apa yang saya dengar sepanjang kuliah ini daripada 0900-1100,12 Julai 2010.